Selain itu, JKKN juga telah bekerjasama dengan International Council of Organizations of Foklore Festivals and Folk Arts (CIOFF) dalam satu bengkel tari iaitu workshop Maratahon. Program ini dikatakan sangat menari telah menjemput seramai lebih dari 30 ribu penari ahli CIOFF di seluruh dunia. Berikut adalah sedikit contoh program yang dianjurkan oleh JKKN dan program yang bekerjasama bersamanya (Jadual 2):
Jadual 2: Gambar-Gambar Poster Program Yang Dianjurkan Oleh JKKN.
Sumber: Laman Facebook JKKN.
Baca Juga
Selain daripada program-program seperti pertandingan dan bengkel tari, program Sembang Santai juga sangat popular sepanjang tempoh Pandemik COVID-19 ini. Bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi atau berkongsi ilmu, menceritakan pengalaman, membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan bidang seni tersebut.
Jadual 1: Gambar-gambar Poster Program atau Aktiviti yang Dilakukan oleh Non-Governmental Organization (NGO).
Sumber: Laman Facebook
Selain daripada seni tari, terdapat juga program sembang santai tentang topik budaya, kraftangan, syair, pantun, seni muzik, seni visual dan sebagainya. Dalam satu program sembang santai biasanya akan melibatkan beberapa orang panel yang berpengalaman. Pemilihan panel-panel adalah mengikut kepakaran bidang yang bersesuaian dengan topik yang akan dikupas dalam program tersebut. Selain itu, program sembang santai ini juga mempunyai penonton yang ramai
Sembang Santai
Penutup
Baca Juga
Secara keseluruhannya, penularan wabak COVID-19 telah memberi impak yang signifikan kepada kesemua institusi, organisasi dan syarikat produksi dari segi media, seni dan hiburan. Kesemua mereka yang terlibat telah mengalami kerugian yang besar sehingga menghilangkan pekerjaan dan punca rezeki. Hal ini kerana, persembahan, acara dan segala program yang telah dirancang sepanjang tahun terpaksa ditunda atau dibatalkan. Oleh itu, para seniman dan penggiat seni mulai membiasakan diri dengan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif untuk bersaing dalam pasaran industri kreatif.
Kebanyakan mereka menggunakan media digital dan media sosial untuk mempromosikan serta memasarkan karya atau program yang mereka anjurkan. Dengan penggunakan kaedah atas talian dapat mengelakkan bersemuka dengan orang lagi. Hal ini dapat membantu untuk memutuskan rangkaian penularan COVID-19. Selain itu, kerajaan juga telah memberi program bantuan bagi membantu para penggiat seni untuk terus menghasilkan produk atau karya. Terdapat juga penggiat seni yang mencari inisiatif untuk bekerja sebagai penjualan makanan, baju atas talian dan juga bekerja sebagai penghantaran bagi mengekalkan punca rezeki untuk keluarga.
Di sediakan oleh
SUHAIMI MAGI
Akademi seni dan Teknologi Kreatif (ASTIF) UMS